Thursday, May 21, 2009

kAwAn




Kawan, friend, sahabat, teman dan sesuatu dengannya adalah makna yang sama. Ada antara kita telah lama berkawan sejak dari kecil mahupun yang baru berkenalan. Ni kes baru nak menguratlah ni. Kawan-kawan pun ada banyak jenis dan perangai yang berbeza tau ciri-ciri yang unik. Ada kawan kerja, kawan sekolah, kawan gym, kawan shopping, kawan menangis, kawan makan, kawan clubbing dan berbagai-bagai lagi.

Apa yang di tulis pada kali ni jenis kawan yang mempunyai niat atau agenda tertentu. Kawan jenis ni memang tak boleh pakai. Dia menjelma dalam diri anda pada saat anda memerlukan kawan atau teman untuk berbicara mahupun teman untuk main.

Dari apa yang aku lalui dan berdasarkan pengalaman kawan-kawan 'sesuatu' aku. Orang jenis ni memang banyak. Tak caya, cubalah tanya sapa yang rajin chatting on-line. Bak kata kawan aku. "melambak sangat nok".

Aku pernah berkenalan dengan seorang 'teman' ni, muka baik dan ada personaliti yang menarik dari tutur gayanya dan orangnya menawan sampai Kak Ani boleh tertawan. (Motif nama Kak Ani masuk!). Pernah date bersamanya untuk beberapa kali tapi peliknya aku tak rasa jatuh cinta padanya. Kenapa aku rasa macam ada yang tak kena dengannya.

Pada awalnya, aku ikutkan aje rentak dia. Kemudian baru aku tau bahawa dia nak gunakan aku untuk menyelamatkan dia dari sesuatu. Baru aku faham, kenapa dia rajin sangat dengan aku tetiba. Aku bernasib baik kerana tidak tersalah langkah. SMS yang tersalah hantar pada aku telah menjadi bukti ketidak ikhlasan hati dia.

Aku kenal juga beberapa 'teman' adek-adek ni. Punyalah bagus, tak pernah jumpa dah nak kita spedo dia top up hand phone, nak pinjam duitlah, nak tumpang bilik dan ada yang nak aku sponsor tambang balik kampung. Apa! Dia ingat aku kerja cap duit agaknya. Sorry dude!

Jadi pada kawan-kawan rapatku, kawan yang baik adalah kawan yang ikhlas, sama-sama ketawa, menangis, susah dan senang. Aku berbangga masih mempunyai kawan-kawan seperti gymfreak, channel 6 geng dan beberapa kawan office.

3 comments:

Shopaholic_Sinful said...

there are terms... for this.. kawan & kenalan...

kawan yg betul2 ikhlas berkawan.. kenalan hi bye

yg nak main tuh.. ko main jer laa nok!! hahaha

yg nak kikis tuh ditch awal... apa dier ingat harta ko harta dier jugak??? <--- manusia macam nih mmg keji.. tak tau malu.. n hina!

emdy said...

this is not happened to me only but after a friend of mine told me his sad story which i should share with. i did encounter this before and i've learnt my lesson. So, sapa2 yg aku agak nak spedo, baik aku blah awal2.

kuchai said...

ececee a fren kers? **lariikk***