Thursday, October 21, 2010

tragedi october

Salam, rasanya dah lama tak menulis blog ni. Agak bosan bila tetiba takde kerja pulak. Bulan Oktober seolah-olah dingin dan menbenci pada aku. Berita kematian mengejut abang ku memberi impak besar ke atas aku dan keluarga. Sejak kematian arwah mak, kami adik beradik menjadi semakin rapat dan bergantung satu sama lain. Sekarang tanggungjawab aku dan kakak-kakak aku untuk menjaga dan membantu anak-anak arwah yang masih kecil lagi. Kepada arwah Angah, semoga kau dicucuri rahmat and roh kau di tempat orang-orang yang beriman di sisiNya.

Selepas tu, aku macam di timpa masalah yang berbagai termasuk masalah kewangan akibat perkara yang tidak dijangkakan termasuk kemalangan kereta aku. Alhamdulillah, aku masih bertahan dan sabar menghadapi dugaanNya. Insyaallah, semoga masalah ini dapat di permudahkan dan di selesaikan dengan baik.

Sempat juga meluangkan masa aku pergi ke Bandung bersama-sama teman persekolahan yang di kenali dan rapat selama lebih 20 tahun. Walaupun hati ini berat nak pergi ke sana, tetapi aku tabahkan hati demi kawan yang telah aku berjanji untuk menemani dia kerana kami pergi lebih awal dari teman yang lain. Keadaan agak tensi apabila teman-teman yang lain datang, akibat perselisihan faham aku membatalkan hasrat aku untuk makan malam di tempat yang terkenal. Aku menghabiskan masa aku dengan membaca buku dan berehat di bilik aku. Aku lebih mendiamkan diri dan mood untuk berbelanja terus mati begitu aje. Mungkin kami baik tapi tidak mungkin aku akan pergi cuti bersama-sama lagi di masa akan datang.

Hujung minggu ini, aku akan terbang ke Pulau Langkawi untuk bersama-sama teman sekerja aku untuk aktiviti ‘team building’. Tahun ini, aku ingin ‘low profile’ dan ti dak aktif untuk mana-mana persembahan. Cukuplah selama 3 tahun aku turut serta dan memberi peluang pada yang muda untuk menghiburkan dengan idea-idea yang menarik. Semoga kali ini, aku akan mendapat kedamaian dan ketenangan semoga segala masalah yang aku hadapi dapat di selesaikan
.

Setelah aku menulis ini, datang idea tajuk ini sebagai Tragedi Oktober.