Saturday, September 12, 2009

Salam Aidilfitri

Aidilfitri menjelang tiba tak lama lagi. Akak2 Miah, Nab, Jah, Peah and Tonah pun berlumba-lumba shopping kat Nilai 3 untuk persiapan Aidilfitri. Masing-masing bukan saje sibuk membeli kain baju raya mereka tapi sibuk membeli kain langsir, carpet kat kedai pakistan macam hero hindustan, perabot jati, kedai bunga plastik dan berbagai lagi. Pendek cite, kalau boleh penuh lori 3 tan tu di bawa balik. Tak kisah panas, hujan atau bulan puasa janji hasrat mencantekan rumah masing-masing tercapai walaupun hakikatnya memang tak cantk. Bukannya ada pertandingan rumah tercantik pun di hari raya tetapi kenapa ini berlaku?. Kalau tanya pendapat, masing-masing ada alasan tersendiri. Ada laki dapat duit bonuslah, pinjam koperasi (ni kakitangan kerajaan aje), duit kutu malah laki menang loteri pun ada.

Dari perhatian Nizz, sebenarnya masing-masing nak menunjuk akan kehebatan dan kekayaan yang mereka ada walaupun ada setengah dari tu hanyalah melalui hutang. Aidilfitri adalah menyambut kemenangan bagi umat Islam berpuasa selama sebulan. Bukan setakat puasa makan minum aje bahkan dari segala segi termasuklah nafsu. Nafsu ni bukan setakat sex aje malah menahan nafsu makan, berbelanja agar jangan boros.

Keaadan ekonomi yang tidak berapa bagus ni, seeloknya kita berbelanja mengikut keperluan. Kalau kain langsir tu dah tukar tahun lepas, tak perlulah nak ganti baru. Kalau kerusi tu boleh duduk lagi tu, tak perlu bersusah payah pergi ke kedai perabot mat zain kat jiboi tu. Harga memang cekik darah tapi boleh buat bayaran ansuran. Itu yang paling penting bagi Kak Pora.

Ramadan bulan yang mulia, penghulu segala bulan. Jadi, eloklah beramal banyak untuk mendapatkan rahmatnya. Elakkan dari pembaziran, membantu fakir miskin, membayar zakat fitrah (hah!!!....pak mail lupa bayar zakat tahun lepas) dan banyak benda-benda yang berfaedah yang boleh kita buat di sepanjang bulan puasa ni. Nizz ingin mengucapkan Salam Aidilfitri kepada kengkawan semua dan minta maaf zahir dan batin, halalkan makan minum. Maklumlah....mulut masing-masing macam kawah neraka.

2 comments:

Pompuan Melayu Di Dallas said...

Adoi sakit perut ahkak baca ngomelan Nizz ni .. anyway selamat hari raya maaf zahir batin .. jgn lupa temu janji kita pada 26hb ye .. btw .. abg nizz bawak apa ek .. takkan ikan pengantin kot

kuchai said...

amboiii motip mcm ruangan bersama kak posa ehehhehe